Bermula dengan pembacaan blog USK (http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/), saya cuba apply TEKNIK PUJIAN gaya Nabi Muhammad iaitu dengan mencari kebaikan anak-anak saya, Nabil (8 tahun), Nabilah (6 tahun) dan Naufal (4 tahun) terutamanya bila diorang melakukan kesalahan. Tetapi waktu tuh, saya tak tau pun macamana nak buat skrip yang betul kepada diorang tetapi lebih kepada ayat-ayat yang saya 'copy cat' dari blog USK :) ... entry seterusnya saya akan terangkan dengan lebih terperinci sebab dah pergi bengkel :) ...
Dari kiri: Muhammad Alham Naufal (4thn),
Muhammad Alham Nabil (8thn), Nur Alya Nabilah (6thn)

Walau camna pun...bukanlah senang untuk menjadi senang kan...tapi possible kan kalau kena gayanya berserta doa. Semput gak dada ni nak memikirkan skrip dan cakap lemah lembut dengan anak-anak :). Kadang-kadang terkucil jugak sana-sini...tapi cepat-cepat istigfar dan try to adjust balik :) ...Yang penting kita NIAT, BUAT, USAHA, SABAR, DOA, TAWAKAL, ISTIQAMAH dan paling penting KERANA ALLAH...
No comments:
Post a Comment