butterfly

Wednesday, March 27, 2013

SEBELUM BENGKEL...BACA BLOG DULU

Bermula dengan pembacaan blog USK (http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/), saya cuba apply TEKNIK PUJIAN gaya Nabi Muhammad iaitu dengan mencari kebaikan anak-anak saya,  Nabil (8 tahun), Nabilah (6 tahun) dan Naufal (4 tahun)  terutamanya bila diorang melakukan kesalahan. Tetapi waktu tuh, saya tak tau pun macamana nak buat skrip yang betul kepada diorang tetapi lebih kepada ayat-ayat yang saya 'copy cat' dari blog USK :) ... entry seterusnya saya akan terangkan dengan lebih terperinci sebab dah pergi bengkel :) ...

Dari kiri: Muhammad Alham Naufal (4thn),
Muhammad Alham Nabil (8thn), Nur Alya Nabilah (6thn)

Alhamdullillah...ada sedikit perubahan pada diorang terutamanya bila saya membuat konsep TEKNIK MEMBERI GANJARAN SOSIAL & MATERIAL...waktu ni tak faham pun apa sebenarnya maksud teknik-teknik tuh :) ...Tapi saya ada bagi diorang ganjaran STARs di SCOREBOARD bila ada perubahan positif. Cuba tengok kat SCOREBOARD KANAN ni...ni sebelum pergi bengkel. Jika dilihat, ada kenaikan total STARs pada minggu kedua di SCOREBOARD KANAN...waaaaa...saya kagum sebenarnya dengan aplikasi TEKNIK NABI MUHAMMAD ni...lalu saya pun bagi message kat USK di Facebook. Alhamdullilah....ada BENGKEL TERBUKA pertama yang diadakan oleh team ni...sebelum ni mereka hanya buat berdasarkan jemputan je...REZEKI :) .... THANK YOU ALLAH...
Walau camna pun...bukanlah senang untuk menjadi senang kan...tapi possible kan kalau kena gayanya berserta doa. Semput gak dada ni nak memikirkan skrip dan cakap lemah lembut dengan anak-anak :). Kadang-kadang terkucil jugak sana-sini...tapi cepat-cepat istigfar dan try to adjust balik :) ...Yang penting kita NIAT, BUAT, USAHA, SABAR, DOA, TAWAKAL, ISTIQAMAH dan paling penting KERANA ALLAH...

Tuesday, March 26, 2013

THANK YOU INFINITI

As salam...
Alhamdullilah...dapat juga mulakan blog ni...supaya dapat berkongsi pengalaman dalam mempraktikkan Teknik Nabi Muhammad kepada keluarga terutamanya pada suami dan anak-anak yang sangat saya sayangi...harapan saya cuma satu, agar sentiasa improve diri dan sentiasa istiqamah dalam segala urusan...آمِيّنْ… آمِيّنْ… يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ

Sebelum nak share...ucapan Thank you infiniti pada hubby, mama & abah, mak & ayah serta ahli keluarga yang byk mendorong utk saya berkongsi pengalaman...dan juga Thank you infiniti kepada 'my gud fren :)'  yang banyak sangat menasihati dan seterusnya memperkenalkan saya dgn Teknik Nabi Muhammad dalam mendidik anak-anak, bermulanya detik 26/2/2013...setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...syukur padaNYA...THANK YOU ALLAH...yang tak tergambar dengan kata-kata.



Opsss..tak lupa pada Ustazah Siti Khadijah (http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com) dan team psikologihadith  (http://www.psikologihadith.com) yang banyak mengajar teknik-teknik semasa saya & hubby menyertai 'Bengkel terbuka pertama' yang diadakan di Shah Alam pada 24/3/2013. 
Dari kiri: Hubby tersayang...Mohd Farid, saya :),
Ustazah Siti Khadijah, Kak Asmah (Pembantu Taska Proton)

Semoga apa yang dikongsikan tidaklah menjadi riak dan takbur pada diri saya & hubby tetapi lebih kepada berkongsi agar kita dapat sama-sama mempelajari Teknik-teknik Nabi Muhammad dalam mendidik anak-anak dan keluarga....آمِيّنْ… آمِيّنْ… يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ